UKURAN, TIMBANGAN DAN WANG YANG DIGUNAKAN DALAM KITAB FEQAH


UNIT UKURAN PANJANG

Satu al-qashbah ialah 6 hasta atau 3696 meter.

Satu al-jarib ialah 100 qashbah atau 3600 hasta hasyimi atau qadam persegi atau yard persegi atau 1366,0416 meter persegi.

Satu qadam ialah 30,4 cm. Satu yard sekarang ialah 91,43 cm. Satu hasta hasyimi adalah 32 ishbi' atau qirath. Satu ishba'ialah 1,925 cm.

Satu hasta Mesir ialah 46,2 cm.

Satu hasta yang dimaksudkan dalam kajian fiqih ialah hasta hasymi,yaitu 61.2 cm.

Satu al-ba'ialah empat hasta.

Satu marhalah ialah 12 jam (sa'ah).

Satu qafiz (dalam ukuran panjang) ialah 1/10 jarib atau 136.6 m.

Satu ghalwah ialah 400 hasta atau 184.8 m.

Satu mil ialah 4000 hasta atau 1848 m atau 1/2 sa'ah atau 1000 ba'.
Ukuran mil laut sekarang ialah 1848.32m.

Satu/arsakh ialah tiga mil atau 5544 meter atau 12000 khathwah (langkah), kurang
lebih 1 1/2 sa'ah (perjalanan).

Satu barid Arab ialah empat farsakh atau 22176 meter atau 22.176 km atau lebih
kurang enam sa'ah ( jam).

Jarak qashar bagi orang musafir ialah 88.704 km. Menurut ulama Hanafi lebih
kurang 86 km. Dan sebagian ulama menetapkan 83 km.

Satu fidan Mesir ialah 4200, 6/5m persegi atau 333, 1/3 qashbah persegi,

Satu faddan lama ialah 5929 m persegi.

Satu dawnam ialah 1000 m persegi.

UNIT UKURAN TAKARAN

Satu sha' syar'i atau sha' Baghdad ialah empat mud atau 5.13 1/ 3 rithl. Beratnya adalah sama dengan 685.7 dirham atau 2.75 liter atau 2,175 gram. Ini adalah menurut pendapat Syafi'i.
ahli-ahli fiqh Hijaz, dan dua orang sahabat Abu Hanifah, dengan pertimbangan satu mud ialah 1/3 rithl Iraq.

Menurut Abu Hanifah dan ahli fiqih Iraq, satu sha'ialah delapan rithl dengan perhitungan bahwa satu mud ialah dua rithl. Oleh sebab itu, beratnya adalah sama dengan 3800 gram. Menurut Imam an-
Nawawi, "Pendapat yang ashah ialah satu sha'sama dengan 685,5/7 dirham. Satu rirhl adalah 28,4/7 dirham. Yang diakui adalah sha' nabawi jika memang ada atau seukuran dengannya. fika tidak ada, maka orang yang wajib mengeluarkan zakat fitrah hendaknya mengeluarkan seukuran yang sekiranya dia yakin bahwa yang dikeluarkan itu tidak kurang dari satu sha'.

Satu sho'menurut timbangan Mesir adalah dua qadah.

Satu mud ialah 1, 1/3 rithl atau 675 gram atau 0,688liter.

Satu rithl syara' atau rithl Baghdad adalah 128.47 dirham. Ada dikatakan bahwa
satu rithl ialah 130 dirham. Rithl Baghdad ialah 408 gram. Rithl Mesir ialah 144
dirham, yakni kurang lebih 450 gram.

Satu dirham Iraqi ialah 3.17 gram. Satu dirham Mesir sekarang ialah 3.12 gram.
Satu dirham Arab adalah2.975 gram

Satu qafiz ialah 12 sha' atau delapan makkuk, Satu makkuk ialah 1.12 sha'.
Satu qafiz menyamai juga 33 liter atau 128 rithl Baghdad. Ia juga sama dengan tiga
kiljah. Satu kiljah ialah setengah sha'.

Satu al-Mana ialah dua rithl.

Al-Farq ialah bejana yang dibuat dari tembaga yang dapat menampung 16 rithl, sama dengan 10 kilogram atau enam qisth. Satu qisth ialah 1/2 sha'.

AI-Mudyu [timbangan negeri Syam dan Mesir) ukuran ini bukanlah mud.la sama dengan 22.5 sha'.

Satu jarib ialah 48 sha'atau 192 mud.

Satu al-Wasq ialah 60 sha'. Lima awsuq ialah nisab zakat, iaitu 300 sha' atau 653 kilogram menurut pendapat jumhur ulama selain madzhab Hanafi berdasarkan perkiraan bahwa satu sho' ialah 2175
gram atau 7200 mud atau empat irdab dan dua kailah [ukuran kailah sekarang atau 50 kailah Mesir).
Satu kailah ialah 24 mud.

Satu irdab Mesir sekarang ialah 96 qadh atau 288 mud atau 198 liter atau 156 kilogram
atau 192 rithl atau 72 sha'.
Satu kaylah Mesir adalah sama dengan enam sha' atau 32 rithl.

Satu lrdab Mesir atau satu irdab Arab ialah 24 sha' atau 64 mana atau 128 rithl atau enam waibah atau 66 liter.

Satu al-Waibah ialah 24 mud atau enam sha', iaitu satu kaylah Mesir sekarang.

Satu al-Kurr [timbangan Arab yang terbesar) ialah 720 sha'atau 60 qafiz atau 10 irdab atau 3840 rithl lraq atau 1560 kilogram.

UNIT UKURAN TIMBANGAN DAN UANG/WANG

Satu dinar ialah sama dengan satu mitsqal emas atau 4.25 gram emas atau 72 biji sya'ir (gandum) yang sederhana. Satu biji sya'ir yang sederhana ialah 0.059 gram emas.

Satu mitsqal atau dinar ialah 20 qirath. Mitsqal asing ('ajam) ialah 4.80 gram dan mitsqal Iraq ialah lima gram.

Satu qirath ialah 0.2125 gram peraK jika kita menghitung bahwa mitsqal terbagi kepada 20 qirath, ukuran ini adalah ukuran yang ingin ditambah oleh Mu'awiyah kepada negeri Mesir, atau 0.2475 gram perak jika kita mengira mitsqal terbagi kepada 22 qirath.

Satu dirham Arab ialah 7/1 mitsqal [dinar)atau 2.975 gram atau enam daniq atau 50.25 biii sya'ir yang sederhana. 10 dirham ialah tujuh mitsqal emas atau 140 qirath.

satu uqiyah emas ialah 40 dirham.

Satu daniq ialah dua qirath atau 8.25 biji sya'ir yang sederhana atau 1/6 dirham
atau 0.495 gram perak.

Satu ath-Thasuj ialah dua biji atau ½ qirath atau 0.127 gram. Satu Qirath ialah dua thasuj.

Satu habbah (biji) ialah 0.618 gram perak atau 0.06 gram atau dua fals.

Satu nuwah ialah lima dirham.

Satu fals ialah 0.03 gram perak.

Satu qinthar syara' ialah 1200 uqiyah atau 8.400 dinar atau 80.000 dirham.

Satu uqiyah ialah tujuh mitsqal,yang menyamai 119 gram perak.
Satu qinthar menurut timbangan sekarang ialah 100 rithl Syam. Satu rithl Syam ialah
2,564 kilogram.

Nisab buah anggur dan buah tamar (lima awsuq,) ialah 2.5 qinthar zabib (kismis) atau 553 kilogram atau 50 kailah Mesir.


UKURAN YANG SAH DIGUNAKAN DALAM KITAB

Ukuran yang kami gunakan di sini ialah berdasarkan kepada pendapat yang ashah,

iaitu satu dinar sama dengan (4.25 gram),
satu dirham sama dengan(2.975 gram).

Nisab perak dalam zakat adalah [595 gram)

dan nisab emas adalah [85 gram).

Satu sha'menurut madzhab Syafi'i adalah (2,176 gram).

lima awsuq ialah 300 sha' x 2176 gram = 652,8 kilogram,
yaitu kurang lebih 653 kilogram.

JILID 1 MS 126

Comments

Popular posts from this blog

TAHARAH : UKURAN DAN NAJIS YANG DIMAAFKAN

TAHARAH : HUKUM GHUSALAH/ AIR MUSTAKMAL

TAHARAH : PEMBAHAGIAN NAJIS